Sunday, February 6, 2011

Apabila saya mengantuk....

Aku busy sikit malam ni. Buat cheese cake untuk BBQ esok petang kat ADNOC beach. Payah buat keje kalau si kecik ni tak tido. Dia pon sama wat keje. Paling dia suka kemas rak kasut ngan kotak stokin abah dia. Haihhh..


Jadinyeeee, bila aku tak larat nak kejo, aku letak dia atas high chair. himpun sume mainan depan muka. Memula aku tengok asyik je la dia main. suara pon riuh taru (word opah..:-)). Aku pon cargas la buat kek. Dalam dok asyik sangat tu, sekali ku pandang..ini yang berlaku..

Aduhai anakku..simpati beno ibu nengok kamu..hihihi..Mainan dah abih jatuh bawah..apa lagi nak buat..tido lerrr...

Arissa memang macam ni. Kalau dia dah mengantuk, tak kira cemane pon die boleh terlentok. Dalam kete ada beberapa kali jugak dia tido sambil duduk. Aku riba dia tengok2 dah tertido. Tengah makan pon penah nak terlelap. Tapiiii..kalau dia tak mengantuk, janganla dipaksa2..Jangan harapla nak tido. Pernah aritu kat dubai, dia da byk tido lam kete. Sampai hotel mata celik balik. Terus tak tido sampai kol 2. Ibu ngan abah dah ting tong nak layan dia.

Masuk buai pon tak jalan kalau bukan time tido dia. Lagi dia mengamuk adela..Arissa dari dalam pantang tido lam buai. Tapi nasib baik pulak dia boleh tido tanpa buai. Buktinye cam video kat atas tula.:-))

Tapi takde buai pon tak boleh jugak, Memula datang aritu, buai Arissa hilang kat airport. After 2 weeks kot baru etihad anta ke rumah. Sepanjang takde buai tu payah jugakla sebab kadang2 dia nak tido buai. Terpaksa la abah dodoi2. Ada sekali tu abah gantung kain buai kat tengkuk dia nak bagi Arissa tido..nak tergelak ibu..hihi..

Paling senang dia tido kalau dapat menyusu ngan ibu. Berkepit ngan ibu je kejenye..:-)))

Friday, February 4, 2011

Nasi Ayam pertamaku...

Baru2 ni buat nasi ayam. Akhirnya berjaya masak nasik ayam yang julung2 kalinya. ku sangkakan susah bebeno. rupanya kacang mengelembu jek! hiks. Tapi ni bukan first time aku makan nasik ayam kat bumi arab nih. Mula2 jiran sebelah kanan, kak norma bagi. pastu jiran sebelah kiri, kak ina pulak bagi..bertuah badan..hihih


Masa bujang dulu, zue selalu masak nasik ayam. Nasi ayam zuraini mmg sedap wehhh...Tapi aku tak penah pulak nak blajo..pandai makan je.


Nasi ayam hasil air tangan puan puteri. Nasik terlembek sikit dan kurang masin. lately asek masak nasik lembek je..tatau la nape. ayam tu sedap sangat..org yg punye resepi tu yg pandai bg resepi..bukan aku yg pandai masak..merendah diri yg rendah..sos dan kicap ok2 la..sup pon kurang masin, tapi tak susah..tambah je la garam bagi masin. Aku masak mmg selalu tawar. tak suka masin2. Tapi kadang2 terlebih tawar..huhu..


Resepi nasi ayam


Untuk rebus (Campur sume bahan dan rebus sampai ayam empuk)

1 ekor ayam (aku buat 6 ketul je..2 org je nak makan)
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2cm halia -ditumbuk
Air secukupnya


Untuk perap (Cara: campur kesemua bahan.Tos kan ayam yang direbus dan masuk dalam campuran di bawah. Gaul rata.perap dalam 20-30 minit. Lepas perap, goreng ayam tu. tak yah goreng lama2 sebab ayam dah siap empuk masa rebus tu. Nak bagi garing je sikit)

1 sudu besar kicap pekat (aku tak letak sebab takde)
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit kicap cair (letak lebih sikit sbb takde kicap pekat)


Untuk nasi (basuh beras. masuk air rebusan secukupnya.macam masak nasik base tu lah. goreng bawang dan halia dengan guna butter.hasil gorengan masuk dalam beras.letak garam secukup rasa.masak.Siap!!)

3 cawan beras
3 sudu besar butter
1cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
garam


Untuk sos (Cara : blend je sume..siap!!boleh dimasak sekejap..tp aku malas..dah blend terus makan..)

3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
perahan jus lemon/limau secukup rasa- cuka pon boleh
gula,garam
1/2 cawan air


Untuk sup (Cara : campur sume kecuali daun sup dan masak. dah siap letak daun sup..siap!! Kalau perlu nak tambah air, tambahla ikut kesesuaian rasa.)

lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar dikisar
rempah sup (aku guna sup bunjut)
garam
daun sup dihiris


Untuk kicap (Cara : campur je sume bahan..siap!!)

kicap manis (aku guna satu jenis kicap je..)
kicap cair
minyak bijan (tak letak..xde)
air rebusan ayam


Sayur

salad, timun, tomato. (aku amik kat kafe .mudah dan free..:-))




Inilah hasilnya..Next time boleh buat lagi. Mungkin boleh bagi jiran tetangga rasa..hihi

Monday, January 31, 2011

Bermain dengan word cards



Ini cuma alasan je untuk ibu lebih lama mengadap laptop untuk mencari resepi2 menarik. Cari resepi memang rajin. memasak je malas. Yang bertarabur tu bukan anak punya keje tapi ibunya. Main lah kau dengan kad2 ini. ibumu busy!hihi..Tapi ibu tak biorkan aje arissa main sorang2 ngan kad2 ni. tak boleyyy...bahaye..




Ibu baca word pada kad2 tu kuat2. Arissa pandang je kad2 tu. tepuk2.sengeh2.tatau la apa maksudnya. berminat la kot.



Nak kena study dah ke??cam pening je banyak sangat nih..


kotak ni menarik!try ketuk sket..



ce cuba rasa sket..ermmmmm
















Thursday, January 27, 2011

Bangle idamanku..

Last 2 weeks gi jalan2 dubai. Kali ni kami pegi gold souk ataupun pasar emas. Nama pasar emas cam pasar jual ikan je kan. Tapi gitu la kekdahnya dorang kat sini jual emas. main longgok je. Bergantungan macam jual barangan plastik. hiks..




emas bergayutan..gile ahh..



Kat kedai2 emas ni takde pon pak guard bersenapang yang jaga macam kat Malaysia. Kagum la jugak. Ada la nampak kereta polis dok meronda skali skale.




Sepanjang ni deretan kedai2 emas.


Aku datang sini takde la gile sangat nak beli walaupun kiri kanan kedai emas. Aku bukan minat sangat nak pakai barang kemas. Rasa cam mami jarum pakai emas berselirat..hihihih..Tapiiiiiiiii kalau dapat bangle yang kat bawah niiiiii...aku sangat suka!!!!




Bangle emas terberat di dunia...

The ring is mounted with 5.17kg of precious stones from signity Middle East and set on a 58.686 kg 21 carat gold ring, with total weight of 63.856kg.

yang ni kalau dapattttttttttt..makcik kayo!!! leh terus balik malaysia, beli umah, beli kete, balance masuk asb, pehtu goyang kaki dok umah tunggu bonus ngan dividen..ngehngehngeh..

Clown ruwais..:-))

Kejadian 2 hari lepas. Arissa agresif sangat nak merangkak sana sini. Ibu tengah lipat baju sambil borak2 ngan abah depan tv. Arissa sebok main keliling kitorang. Ibu ter concentrate sikit dengo cite abah. Tak sedar Arissa nak merangkak tapi ada mainan bawah perut dia. Bila nak ke depan, muka tersembam kat lantai.terus uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Menangis la arissa sekuat hati. Dah la sekarang ni style nangis dengan suara meneran sampai sakit2 tekak tuh..
inilah hasilnya.....



cantik tak idung saya????



4-5 hari lepas pulak turun buai sendiri. Berderau rasa tengok dia takde dalam buai. Elok je dok sengeh2 kat bawah. Tu baru je tinggalkan dia tak sampai 5 minit. Masa tinggalkan tu elok je nyenyak tidur.

Dalam playpen pon dah tak boleh tinggal dia sendirian. Mula nak memanjat2. Kalut ibu nak mandi, masak, gi toilet..

Botol mineral harus ada sebagai toy tambahan. favorite 'toy' arissa

Wednesday, January 19, 2011

Hobi suami saya

Hobi suami saya memancing. Ini hobi baru suami saya. Saya sokong hobi suami saya. Betul saya ikhlas saya sokong!!Mudah2an suami bawak balik ikan besar..besarrr punyeee!!!Positif betul saya. Saya suka hobi suami saya..Tak sangka saya begitu positif..ngehngehngeh..


Barang2 kelengkapan untuk memancing yang dibeli di Dragon Mart,Dubai tempohari.

Malam ini suami saya pergi memancing bersama rakan2 sepejabat. cewah sepejabat gitu..Mereka yang lain itu sangat rajin. Saya harap suami saya tak perlulah terlalu rajin sangat memancing walaupun jarak dari rumah sekangkang kera sahaja. Saya berharap dalam 4 hari cuti itu, mungkin sehari boleh dihabiskan untuk memancing. 3 hari selebihnya eloklah berehat bersama keluarga tercinta. Saya ini bukanlah seorang isteri queen control. eh bukan sama sekali. Cuma keluarga tercinta kan lebih utama. Tapi saya tahu suami saya tidak akan memancing berlebihan sehingga tiada masa bersama keluarga tercinta.

Saya tak sabar tunggu suami saya balik membawa ikan2. Mesti penuh peti ais saya nanti. Mungkin kena pinjam peti ais jiran.

Monday, January 17, 2011

Cerita Arissa Qairina lagi..


last week gi cucuk arissa. berat tak naik pon. lately mmg bdk kecik ni kurang makan. banyak main. segala ceruk dia nak pegi. pehtu nak meragam jek. nangis dibuat2 plak tu (nangis sambil hidung buat gaye busuk tuh..kompem nangis saje2 je tu)..haih dah macam2 ye..kamu dah beso nanti ibu cuuuubiittttt2 kamu nanti (ayat opah utk kakak anis mase kecik2..hehehe)..


Baru nak mula merangkak seminggu lepas. takat 2-3 tapak je baru. angkat ponggong lame dah. menonggeng je tak kire masa.





gymnas negara



Berat arissa ~~4 bulan= 5.9kg , 5 bulan = 6.4kg, 6 bulan = 7.49kg, 7 bulan = 7.5kg



hmmm...sebok sangat merayap sana sini, berat pon tak naik. tapi mungkin jugak sebab berat baju mase timbang 6 bulan tu. masa tu sejuk betul awal pagi dah ke klinik. pakai baju tebal sikit. entahlah. takpela tu janji anak ibu sihat. paed yg cek arissa ritu kate dia sihat. alhamdulillah..


Kalau dulu sebelum arissa dah mula bergerak ke depan, ibu bagi dia tengok kartun kat laptop. happy la dia. lama la jugak dia mengadap. sempat jugak ibu memasak.



tgk barney nyanyi..if u happy and u know it clap your hand!!



Tapi sekarang dah tak le pakai kekdah ni. abis la laptop kena ketuk ngan arissa. dia akan merayap kemane saje dia suke. paling suke kotak stokin abah. jenuh ibu angkat letak atas tilam..tengok2 dah sampai situ..sekarang bukak tv je bagi die tengok. tapi tak leh lama la sebab dia akan sambung merayap bila kuar iklan ..



Kalau tido suke dipeluk. malam2 mesti menyelit bawah ketiak ibu..hehe..share bantal lak tu. tu sebabla ibu gerak je arissa nak ikut. paling dia nebes bile tgk ibu pakai tudung. nangis2 mintak dukung. hmmm...obses betul ngan ibu..hehehe..


Time solat mencabar jugak..mesti dok kat kaki ibu. tarik2 kain. selak2 sejadah. Ada sekali tu masa nak rukuk, Arissa mendongak kat muka ibu. dia gelak bila muka ibu dekat ngn muka dia. ingat ibu agah die kot. Sabo je lah ibu ni tahan gelak..



Tapi kalau abah balik keje, mesti teleng2 pale tgk abah nak soh abah tego die(kena tulis ni,kang abah jeles lak cite arissa obses ngan ibu je..hehe). Tapi yang aku perasan kalau tido arissa banyak ikut abah die..hee..kdg2 sebelum tido mesti pusing kepala kiri kanan dulu dua tiga kali. ni memang sebijik anak dan abah..same je. tak paham aku apa yang dorang cuba lakukan..haha..




like father,like daughter..


oh lagi satu persamaan anak beranak ni adalah suka tengok cermin..Arissa kalau tengah nangis2 bwk depan cermin leh senyum2..kalau main depan cermin leh gelak2..ingat ade orang main ngan die..kalau abah suke cermin pepaham le sbb ape...suke melaram..hikss..



Arissa ni,disebabkan hari2 kebanyakan masa dia tengok muka ibu dia yang cantik ni je, makanya susah sket nak dengan orang lain. Tapi tak semua dia tak nak. Kena wat tak layan ngan dia dulu, lama2 baru okay. Tapi ada gak sampai ke sudah tak okay2..heee..ngan budak2 paling dia suka. :-) Seminggu dua ni aku jd cikgu tuisyen..hiks..bile student2 ibu datang kemain suke lagi arissa..tak jadi blaja dorg tu melayan arissa..hihi

~kecik2 ni ibu layan je la ragam kamu arissa..dah besar nanti jadi anak yang baik ye...:-))~