Sunday, August 29, 2010

ceria

kenapa saya ceria??

1. Isya dah balik umah. Dia bukan saja sihat. Dia dah pandai gelak2. Dah pandai bagi respons dengan baik. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.:-)

2. Bapaku pulang dari kota...bapaku beli buah kurma..Arissa nyanyi..heheh...InsyaAllah abah Arissa balik raya ni. Walaupun petang raya pertama dah kena balik sana, ibu ngan Arissa dah cukup hepi yippie.

3. Kuih (org kuale kate koi) raya dah siap 4 jenis..weehooo..oh tringat aunty juju nak resepi biskut cornflakes choc chip tu. nanti la eh. Esok i salin dari majalah saji tu. Dok sebok buat koi ni, jarang2 dapat video call ngan abah Arissa. Abah arissa heran kenapa la ibu buat kuih Koi tak siap2. Koi bukan sejenis kuih la abah. Koi bermaksud kuih. kekeke. tersenyum ibu sorang2.

4. Pencapaian Arissa setakat ni. Dia suka ajuk ibu nyanyi atau dodoi dia. Ibu start dodoi je dia lam buai, dia pon start buat bunyi..uuuuuuu..cam nyanyi tu. Ibu nak bagi dia tido. Tapi dia nak bagi ibu tergelak plak. Bila ibu pandang dia sambil nak tergelak, kemain die sengeh plak ingat ibu nak senyum2 ngan dia. haihh..lagi berkurun la nak bagi dia tido. Setakat ni arissa rase sore yang paling merdu adalah sore ibunya. tengkiu2..i lebiu..:-)

Lagi satu, kalau video call ngan abah dia, susah sangat dia nak pandang. Mungkin majuk sama kot sebab abah lama tak pegang dia. hihi. Tapi aritu ibu bagi dia tengok elmo nyanyi kat youtube, tak beralih mata dok tengok skrin tu. Nanti kita tengok lagi ye laling!

Arissa dah inject 3 bulan. Setakat ni dia memang akan melalak tiap kali nak cucuk. Jerit sekuat ati. Aiyoo nebes ibu. Berat Arissa dah 5.3kg. Berat ibu? oh jangan tanye berat ibu. Sila tanya ringan ibu brapa sekarang. huhu

1 comment:

Ibu Ariessa said...

Wahh..nie betul2 puyer ceria nie :-)