Tuesday, November 23, 2010

Aidiladha di perantauan..

Terlambat dah kan nak ucap selamat hari raya aidiladha.



Raya kami sekeluarga sederhana je. Jauh berbeza la kalau sambut kat kampung halaman. TAk prepare pon baju raya ke, apa2 pon tak. Tapi aku sebok jugak la buat rendang daging (tak berapa nak jadi..tapi still boleh telan la..), rendang untuk diri sendri makan. bukan jamu orang pon. saje nak buat2 sebok macam kecoh gile esok ramai tetamu nak datang..hehhh..buat kek segera. Kek ni aku bawak umah kawan raat. Dia sekeluarga buat makan2.




Korang penah pegi beraya umah orang selain sanak saudara sendiri selama 3 jam setengah??penah???eh tak malunye korang...same la cam aku. Kitorang pegi beraya dari pukul 11 pagi smpi 230 petang dok umah yang sama. Sampai je terus makan. Pastu tolong sikit2. pastu makan kuih2 pulak. Nak balik tu makan lagi satu round. fuhhhh..





Ni cuma sebahagian menunye. Masa datang tu ada lagi menu yang sedang dibuat oleh tuan rumah.



Yang paling aku suke cheese tart. Banyak aku makan.shedaapppp..nanti bebile nak blaja la ngan kak annie, tuan rumah ni. Neway thanx to kak annie and family kerana jemput kami sekeluarga datang ke rumah. Dapat gak rasa suasana berhari raya.



Sedap je Arissa tido kat belakang tu. Buat macam umah sendiri. Siap berselimut.abah le tu...Abah yang dodoikan tu sampai tertido..pandai abah!Bodek sikit abah ni..mane tau die nak bawak kite gi dubai lg ke..hikss.




udah bangunnnn...ish ish...


Tengokla abah saya makan kat belakang tu..sopan jek..hihi


balancing..



Balik umah tido kekenyangan. Begitulah berakhirnya aidiladha kami utk tahun ini di perantauan.hmmmmm...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.MAAF ZAHIR BATIN. :-))

3 comments:

.::Mama_alya::. said...

lama xbca blog ni..wah cumels sgh arissa...muah2....hehe

Anonymous said...

la nape tak kabo dah update blog...

-nyah-

Puan Puteri Hafiza said...

thnx aunty dina..:-)

nyah,lupe nak kabo.kamu pon bz je lately.byk stori nk cite nih..