Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Hari ni start pose. Rasa baru je lagi sambut pose tahun lepas. Kali ni berpuasa insyaAllah sebulan di kampung. Masa kat jb dulu seronok gak dapat bukak pose ngan kawan2 especially zue ngan k jus. hosmate aku. Kalau bukak pose ramai2, mesti pilih singgah selalu. Fuhhh mmg puas hati. Sedap. Makan sampai sendat!astaghfirullah..huhu.

Tahun lepas dapat gak berbuka pose ngan suamiku walaupun beberapa hari je. Tahun ni tatau lagi. sob sob. Nak wat camne. Cari rezeki negara orang. Kenala terima. jangan sedey2. Ada orang lagi berat dugaan dari kita. kan kan. Cuma kesian kat suami ku. kena kerja bawah panas terik dalam bulan pose nih. Dok kejap kat luar, baju dah basah macam kena curah ngan air. Kerja plak tengah banyak katenya. hmmm.. Arissa dengan ibu takleh boros2. Sian kat abah susah payah carik duit.

Harap2 aku mampu la nak pose kali nih. Risau pasal susu jek. Mudah2an Allah permudahkan. Aku ada la buat stok susu sikit dalam 20 oz. Malas sebenarnya nak mengepam. Tambah plak space freezer tak brape besar. Aritu ada search pasal penyusuan semasa bulan ramadhan. Dah jumpa dalam blog sarakids tapi tak save plak. carik balik tak jumpa. Ni ada tips dari blog sapa tah. Okla tu.

1. Jangan skip sahur - sahur dah pagi tadi.:-)

2. ambil lebih banyak cecair (air, kuah, sup,jus dll dalam bentuk cecair)

3. Ambil makanan kaya serat dan karbohidrat sebagai sumber tenaga ketika siang hari berpuasa.- makan nasik..

4. Amalkan makan kurma - sempat makan 2 bijik je.

5. Ambil lebih buah-buahan dan sayuran

6. Tenang, jangan stress

7.Teruskan sesi perahan seperti biasa, tingkatkan masa perahan di waktu malam

8. Kerapkan menyusu di waktu malam

9. Ambil supplement jika perlu

10. Berdoa: "Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu, Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku."


Update pasal isya. Dia dah makin sihat. Alhamdulillah. Aritu doctor nak refer dia ke hospital besar penang ataupun IJN. Tapi dah senyap takde cite. Maybe tengok perkembangan dia sehari dua lagi. Mudah2an Isya cepat sembuh.


Ari ahad ritu aku ada melawat Isya. Tapi kami semua tak boleh masuk pon. Hanya parents saja dibenarkan masuk. So intai dari luar tingkap je. Isya pon bad mood je sebab nurse baru lepas amik darah dia. Sian dia. Menangis2.


Ni gamba arissa melawat kak isya. Dapat dok kat luar je. Sib baik ada taman kat situ. Leh la lepak2 sambil intai Isya sekali sekala.



5 comments:

Anonymous said...

slamat berpose jaja...samela..thn ni mcm x sempat je nk berbuka dgn min...huhuhu....

i k i N said...

selmat berpuasa jugak ... to baby arissa...makan molek2 eh...nti ibu letih.... :)

i k i N said...

huwaaaaa.....x boleh bukak posa dgn si dia yg jauh d selatan.... (Tapi xpe, akk kena POSITIF dan OPTIMIS dgn kehidupan..hihi..Ija boleh KUAT, tak kan akk x boleh???....) Chaiyokk!!!

A Happy Wife and A Lovely Mommy said...

slamat berpuasa ija..waa, bnyk nyer stok susu..k.jus skrg klu pump pun ciput sgt dpt..:-( buat penat je usung pump g opis..ahha..
kene bg direct je kat dia..

ariessa sufeeya kem salam kat arissa qairina..insyaallah, raya nanti kite jumpe yer:-)

alhamdulillah dah sihat isya..siankan tgk baby kecik2 sakit..

ija said...

tengkiu sume!!

Zue, walopon x dpt bukak pose ngn min,raya nanti sure boleh raya sama2.:-)

kak ekin, chaiyok2!!klu sedih nangis je..tp kne cepat2 senyum balik...hihi

kak jus,stok susu mase tgh rajin ritu. skrg ni mls yamat.psl isya tu..mmg sian kecik2 da kne dok wad.cucuk sane sini amik darah,msk ubat.sian sgt.qairina da jwb salam..:-)die x sabar nk jumpe kwn die..hehe