Monday, October 10, 2011

Cite genting lagi..


Entry ni gambar2 semata. Pics masa gi genting aritu..layann..



Row row row your boat gently down the stream....



naik ketapi rusa (x tau nama sebenar..haha)..gayat aku tgk.train ni kat 2nd floor..



berdiri pulak dia..sonok beno le tu...siap lambai2 tgn kt sume org lagi..bajet selebriti plak dia..hehe..ade pulak yg lambai balik..haha


'tu ibu saya!!cantikkkk!!'..time kasih anakku..ahaks



tak clear pulak..Ni macam dok dlm cage..

Arissa baru je baik demam. Sian anak ibu..melepek je..2 hari ni alhamdulillah dah kembali sihat. Tapi still nak berkepit ngan aku. Letihnya rase.Sejak2 demam tu byk plak word die sebut. Siap nyanyi lagu mickey..HOTDOG!!HOTDOG!!heheh..

words yg arissa dah pandai sebut..

1. abah(1st word die rasenye..sblm sethn dh sebut..skrg ibu pon dipanggil abah..kdg2 abu..sllnye ama/mama)

2.aduhhhh(muncung2 mulut)

3.akit (sakit)

4. anyiii(nyanyi..suke nyanyi lam kete)

5.antikkk(cantik...puji baju ibu cantik sbb mase tu ibu nk bwk die jln)

6. bukak

7.tutup(sume bende suruh tutup..ritu dia tarik tgn abah dia gi dapur...pehtu dia kate..'Tutup..air..' aku yg pasang air tu sbb rendam ikan..hihi)

8.air

9. nak/tanak

lagi ape tah..nanti la update..:-)



Wednesday, September 28, 2011

Takde tajuk

Kami sekeluarga dah kembali ke Ruwais. Balik berhari raya di malaysia 23hb ogos aritu. Nak balik Malaysia kemain sronok. Balik kesini malas kemain.. Aritu kami naik Gulf air. Transit di Bahrain. Bagi aku Etihad lagi selesa tapi murah punye pasal..ok je lah..Ape2 pon, lagi setahun la baru plan nk balik pulak. sobssss...tunggu adik arissa lahir dulu..:-))

Balik aritu rase bz sesangat. Setelkan pasal umah. Alhamdulillah sumenya dah setel. Tunggu penyewa je. Sesape berminat nak sewa di taman kuala kangsar boleh contact i.:-)

Tapi sempat jugak kami 'bercuti' kat genting walaupun sekejap. Otw balik dr umah kak ngah ke kuala, singgah sekejap kat genting. Pastu abah arissa komplen tak bawak kamera. Kebetulan dua2 henpon bateri dah nak abis. Mane aku tau nk singgah genting segale. Kalau tak siap sweater,glove segale aku prepare..huhu.. Alahai genting..x sejuk langsung..Aku mmg tak berapa minat ke genting tu. Tempat menakutkan diri sendiri dengan permainan yang menggayatkan..tak koser haku! Mula nak jalan2 je. Sekali bila sampai je kat tempat indoor games tu, Arissa jerit2 sronok...sronok sgt dia. Abah dia pon belikan tiket utk main. Dorg dua je la main. Happy betul dia.

Dah terlambat betul ni nak ucap Selamat hari raya maaf zahir batin..:-))

Wednesday, July 6, 2011

berjalan sudahh...

1 tahun 1 bulan 3 hari akhirnya Arissa boleh berjalan walaupun terhuyung hayang..ngehehe...Kiranya training kat rumput tu berkesan la.hihi..Jom tgk video nih..Berjalan pon tak berapa stabil tapi ada hati jugak nak bwk barang..ish ish...





well done anak ibu!gud job!!:-))

Sunday, July 3, 2011

Arissa belajar berjln kat rumput



Arissa dah masuk 1 thn sebulan..Dari 11 bulan aku kira die melangkah setapak..sampai ke hari ni dah boleh melangkah 4 tapak.. Tapi belum boleh jalan betul lagi. Bilekah wahai anakku??Gigi pon baru 4 batang..Cukup setahun baru dia tumbuh gigi. Sebatang gigi je yg beso..yg lain sume comel2 lg..hehe


Abah dia buat latihan berjalan atas rumput. Jom tengok video ni..








takut2 nak pijak rumput..



keep practising sayang! Practice makes perfect..:-)

Sunday, June 26, 2011

it's summer!!

Dah masuk summer pon. panasnya bukan main! Suhu dalam 38 degC ke 5o deg C. Sesape yang nak ganti pose time ni jenuh sikitla. pukul 410am dah masuk subuh. 6am dah terang benderang. Kalau di Malaysia bangun kol 6 dah kira awal,kat sini kol 6 dah subuh gajah.waktu maghribnya pulak lebih kurang di Malaysia, 721pm.


Aku ngan Arissa memang jarang2 keluar rumah. Selalunya pegi pasar je lah. Kesian kat abah Arissa la kena kerja bawah terik matahari nak carik rezeki. Malam2 pon panas apatah lagi waktu siang. Bukan senang carik rezeki. Ingat tu anak ibu!


Jom tengok gambo Arissa di bawak terik matahari. Sesekali keluar, nah rasakan kepanasannya...Gambo lebih kurang sama jek..heheh



Soping baju raya Arissa time sale aritu..Separuh dari barang soping tu,our neighbour yg punye..bile diamati,diorg soping lg byk dari kitorg...hehehe....utk anak2 sedare katenye...bagus2...:-)



'Ada orang call abah saya la...'



'Cepatla abah cakap tepon tu..Arissa panas ni..'




'Bile nak abis ni....:-('




'Yeayy..jom kite pulang!!...'

Happy Birthday Arissa Qairina anak ibu budak baik

Setelah sekian lama tak menulis apa2 kat blog ni, hari ni baru tergerak ati nak berblog(lagi2 after kak lin bertanye kt FB..ngehehe). Malas kemain. Takde la sapa paksa pon soh tulis. :-) Tapi blog ni lebih untuk Arissa Qairina misterina patutnye..ibu nak tulis cerita Arissa supaya bila Arissa dah besar nanti, Arissa boleh baca balik. Tapi tu la..ibu ni walaupon surirumah sepenuh masa..tapi selalu je kesuntukkan masa..betul tak tipu punye..Kalau ada masa pon, malas plak nak berblogging..macam2!!

Sebelum terlambat ibu nak wish Happy Belated Birthday untuk anak ibu. Birthday Arissa 3rd june. Ibu doakan semoga Arissa menjadi anak yang solehah, berilmu, jadi doktor(ni bukan paksaan tapi encourage je..heee), hormat ibu bapa, mendengar kata, jadi orang yang berguna untuk keluarga dan masyarakat, rajin belajar,berjaya dalam hidup dunia dan akhirat...aminn..

on 31st may,we had a small celebration birthday party for Arissa at Baskin Robbins Marina Mall Abu Dhabi. Our guests : Arif and his wife,Hilda (our neighbour)..2 org saje tetamu..save budget!!hahaha



Ibu berhajat nak beli kek comel2 untuk Arissa. ibu yg lebih teringin kek tu..huahua. Since kat Ruwais susah nak dpt (takde rasenye) kek yang shantek2, jadi terpaksa mencari di Abu dhabi.

Plan awal ibu nak buat kek sendiri untuk anak ibu ni..Dah siap beli bahan2 deco nye..Tapi disebabkan tanak mengecewakan anak ibu nanti dah beso tengok balik 1st birthday cake dia yang ntah kehape2 tuh, baiklah beli saje di kedai..Biorlah birthday abah je kite bikin sendiri kek kan! Nanti ada masa ibu buatla jugak ek. Kalau ibu rasa cantik, ibu upload la kat blog ni.kalau takde tu paham2 je lah..

Hadiah birthday dari ibu hanyalah kasih sayang yang tak berbelah bagi..Ibu bukannya kedekut.:-) ibu tak suka ajar anak ibu bermewah2..kekeke..Abah hadiahkan Arissa kereta kecil warna biru.



Jalan2 dengan kereta baru. Sangat happy!

Cepat je masa berlalu. Dah setahun dah anak ibu ni.Happy Birthday sayang ibu!!!muahhhhh

Wednesday, March 16, 2011

Kami akan pulang...

Cerita pasal umah baru,pasal buku,tangguh la dulu..Kami mahu pulang..InsyaAllah 19hb mac jam 2pm kami sekeluarga akan sampai di Kuala Lumpur. 5 bulan setengah tuuu...Sejarah dlm hidup tak balik kampung lame tuh..Lepas2 ni tatau la nak wat rekod berapa lama pulak. hmm...


Ni video Arissa bagitau dia nak balik kampung...heee

video

Sampai KL, kak lin n family akan jemput kat airport. Hari ahad, kakakku pulak akan anto ke airport subang. Kami akan naik fly2ipoh.com dari subang to ipoh. Dapat harga promosi.:-). Gitulah plannye. InsyaAllah...Tengkiu semua..we lebiu all..heheh

Semoga perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik selamat dan berjalan lancar. Aminnnn...

Sunday, March 6, 2011

Arissa kaco abah tido

Misi Arissa mengaco abahnye tido. berjaya ke tak tengok je la video ni. Abah dahla nak keje malam. Sabo je lah..

video

Anak yang korek bjik mate time tido takdela hangin. Cuba emaknye kejut tido wat gitu, harus kena zasss..hahah

Saturday, March 5, 2011

Happy 28th birthday abah Arissa!!

25 februari lepas birthday abah arissa yang ke 28. 28 tuh! Banyak dah nombornye. Ibu takde plan surprise party watsoever untuk abah. Da tua2 elok muhasabah diri je dari berparty2 kan.hiks. Birthday abah ni baru je setel pindah umah baru. Nanti kita cite pasal umah baru nih. Jom layan gambo2 pada hari kejadian.


Tema pakaian: pelbagai (Tema abah: Ayuh kita bersukan! ; Tema ibu: satu hari di hari raya ; Tema Arissa: Majlis akikah - Baju yang sama pakai masa akikah dia 8 bulan lepas.:-)

Menu: Kek Coklat kati (Nama asal kek coklat Amerika. Tapi sebab aku yang buat, jadi suke ati la kan letak name ape.heee. Lazat tak hengat. haha)
Menu lain2: Takde.Kek je semata. Tolong abaikan dekorasi kek.

Abah: Tuuu..tgk tuuu..depan tu Arissa..
Arissa: ish blocking la abah.. nak tengok tv nih


Arissa: Abah ngn ibu posing la eh. Arissa suke tengok katun lagi..




Okeh katun dah abis..say cheese!!!

Sronoknye dapat potong kek!!






Arissa: udah bersuap2 pulakk mak bapak saya nih..ade ape ni ek??

Arissa: ibu pulak kena suap..Arissa ni cane??tgk je ke???

Arissa: dapat berlakon je rase kek tu. mak saya skema tak bagi lagi saya makan kek..:-(


Disebabkan ibu dah tak berkerjaya ni, jadi tak dapat la nak bagi adiah yang gah2. Dulu leh la bagi adiah perfume miniature. GAH gilerrr..kehkehkeh..Dulu tak gah, sekarang apatah lagi. Tapi okla adiah tu import tu dari Malaysia. okla kan. Sebuah buku yang ditulis oleh seorang kawan sekolah. Nanti kita cite pasal buku ni. Sangat terkesan dihatiku. wah! Nampak sangat aku yang lebih2 nak bace.


Kami berdua doakan semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi keshatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. aminnn..we both love u so much!!



Fakta: Gamba2 diatas diambil sejurus ketiga2 org ni bgn pagi. Memang betul2 sejurus!!Agak2 sempat mandi tak??pikir2kanlah..hihihi..

Sunday, February 6, 2011

Apabila saya mengantuk....

Aku busy sikit malam ni. Buat cheese cake untuk BBQ esok petang kat ADNOC beach. Payah buat keje kalau si kecik ni tak tido. Dia pon sama wat keje. Paling dia suka kemas rak kasut ngan kotak stokin abah dia. Haihhh..


Jadinyeeee, bila aku tak larat nak kejo, aku letak dia atas high chair. himpun sume mainan depan muka. Memula aku tengok asyik je la dia main. suara pon riuh taru (word opah..:-)). Aku pon cargas la buat kek. Dalam dok asyik sangat tu, sekali ku pandang..ini yang berlaku..

video

Aduhai anakku..simpati beno ibu nengok kamu..hihihi..Mainan dah abih jatuh bawah..apa lagi nak buat..tido lerrr...

Arissa memang macam ni. Kalau dia dah mengantuk, tak kira cemane pon die boleh terlentok. Dalam kete ada beberapa kali jugak dia tido sambil duduk. Aku riba dia tengok2 dah tertido. Tengah makan pon penah nak terlelap. Tapiiii..kalau dia tak mengantuk, janganla dipaksa2..Jangan harapla nak tido. Pernah aritu kat dubai, dia da byk tido lam kete. Sampai hotel mata celik balik. Terus tak tido sampai kol 2. Ibu ngan abah dah ting tong nak layan dia.

Masuk buai pon tak jalan kalau bukan time tido dia. Lagi dia mengamuk adela..Arissa dari dalam pantang tido lam buai. Tapi nasib baik pulak dia boleh tido tanpa buai. Buktinye cam video kat atas tula.:-))

Tapi takde buai pon tak boleh jugak, Memula datang aritu, buai Arissa hilang kat airport. After 2 weeks kot baru etihad anta ke rumah. Sepanjang takde buai tu payah jugakla sebab kadang2 dia nak tido buai. Terpaksa la abah dodoi2. Ada sekali tu abah gantung kain buai kat tengkuk dia nak bagi Arissa tido..nak tergelak ibu..hihi..

Paling senang dia tido kalau dapat menyusu ngan ibu. Berkepit ngan ibu je kejenye..:-)))

Friday, February 4, 2011

Nasi Ayam pertamaku...

Baru2 ni buat nasi ayam. Akhirnya berjaya masak nasik ayam yang julung2 kalinya. ku sangkakan susah bebeno. rupanya kacang mengelembu jek! hiks. Tapi ni bukan first time aku makan nasik ayam kat bumi arab nih. Mula2 jiran sebelah kanan, kak norma bagi. pastu jiran sebelah kiri, kak ina pulak bagi..bertuah badan..hihih


Masa bujang dulu, zue selalu masak nasik ayam. Nasi ayam zuraini mmg sedap wehhh...Tapi aku tak penah pulak nak blajo..pandai makan je.


Nasi ayam hasil air tangan puan puteri. Nasik terlembek sikit dan kurang masin. lately asek masak nasik lembek je..tatau la nape. ayam tu sedap sangat..org yg punye resepi tu yg pandai bg resepi..bukan aku yg pandai masak..merendah diri yg rendah..sos dan kicap ok2 la..sup pon kurang masin, tapi tak susah..tambah je la garam bagi masin. Aku masak mmg selalu tawar. tak suka masin2. Tapi kadang2 terlebih tawar..huhu..


Resepi nasi ayam


Untuk rebus (Campur sume bahan dan rebus sampai ayam empuk)

1 ekor ayam (aku buat 6 ketul je..2 org je nak makan)
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2cm halia -ditumbuk
Air secukupnya


Untuk perap (Cara: campur kesemua bahan.Tos kan ayam yang direbus dan masuk dalam campuran di bawah. Gaul rata.perap dalam 20-30 minit. Lepas perap, goreng ayam tu. tak yah goreng lama2 sebab ayam dah siap empuk masa rebus tu. Nak bagi garing je sikit)

1 sudu besar kicap pekat (aku tak letak sebab takde)
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit kicap cair (letak lebih sikit sbb takde kicap pekat)


Untuk nasi (basuh beras. masuk air rebusan secukupnya.macam masak nasik base tu lah. goreng bawang dan halia dengan guna butter.hasil gorengan masuk dalam beras.letak garam secukup rasa.masak.Siap!!)

3 cawan beras
3 sudu besar butter
1cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
garam


Untuk sos (Cara : blend je sume..siap!!boleh dimasak sekejap..tp aku malas..dah blend terus makan..)

3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
perahan jus lemon/limau secukup rasa- cuka pon boleh
gula,garam
1/2 cawan air


Untuk sup (Cara : campur sume kecuali daun sup dan masak. dah siap letak daun sup..siap!! Kalau perlu nak tambah air, tambahla ikut kesesuaian rasa.)

lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar dikisar
rempah sup (aku guna sup bunjut)
garam
daun sup dihiris


Untuk kicap (Cara : campur je sume bahan..siap!!)

kicap manis (aku guna satu jenis kicap je..)
kicap cair
minyak bijan (tak letak..xde)
air rebusan ayam


Sayur

salad, timun, tomato. (aku amik kat kafe .mudah dan free..:-))




Inilah hasilnya..Next time boleh buat lagi. Mungkin boleh bagi jiran tetangga rasa..hihi

Monday, January 31, 2011

Bermain dengan word cards



Ini cuma alasan je untuk ibu lebih lama mengadap laptop untuk mencari resepi2 menarik. Cari resepi memang rajin. memasak je malas. Yang bertarabur tu bukan anak punya keje tapi ibunya. Main lah kau dengan kad2 ini. ibumu busy!hihi..Tapi ibu tak biorkan aje arissa main sorang2 ngan kad2 ni. tak boleyyy...bahaye..




Ibu baca word pada kad2 tu kuat2. Arissa pandang je kad2 tu. tepuk2.sengeh2.tatau la apa maksudnya. berminat la kot.



Nak kena study dah ke??cam pening je banyak sangat nih..


kotak ni menarik!try ketuk sket..



ce cuba rasa sket..ermmmmm
















Thursday, January 27, 2011

Bangle idamanku..

Last 2 weeks gi jalan2 dubai. Kali ni kami pegi gold souk ataupun pasar emas. Nama pasar emas cam pasar jual ikan je kan. Tapi gitu la kekdahnya dorang kat sini jual emas. main longgok je. Bergantungan macam jual barangan plastik. hiks..




emas bergayutan..gile ahh..



Kat kedai2 emas ni takde pon pak guard bersenapang yang jaga macam kat Malaysia. Kagum la jugak. Ada la nampak kereta polis dok meronda skali skale.




Sepanjang ni deretan kedai2 emas.


Aku datang sini takde la gile sangat nak beli walaupun kiri kanan kedai emas. Aku bukan minat sangat nak pakai barang kemas. Rasa cam mami jarum pakai emas berselirat..hihihih..Tapiiiiiiiii kalau dapat bangle yang kat bawah niiiiii...aku sangat suka!!!!




Bangle emas terberat di dunia...

The ring is mounted with 5.17kg of precious stones from signity Middle East and set on a 58.686 kg 21 carat gold ring, with total weight of 63.856kg.

yang ni kalau dapattttttttttt..makcik kayo!!! leh terus balik malaysia, beli umah, beli kete, balance masuk asb, pehtu goyang kaki dok umah tunggu bonus ngan dividen..ngehngehngeh..

Clown ruwais..:-))

Kejadian 2 hari lepas. Arissa agresif sangat nak merangkak sana sini. Ibu tengah lipat baju sambil borak2 ngan abah depan tv. Arissa sebok main keliling kitorang. Ibu ter concentrate sikit dengo cite abah. Tak sedar Arissa nak merangkak tapi ada mainan bawah perut dia. Bila nak ke depan, muka tersembam kat lantai.terus uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Menangis la arissa sekuat hati. Dah la sekarang ni style nangis dengan suara meneran sampai sakit2 tekak tuh..
inilah hasilnya.....



cantik tak idung saya????



4-5 hari lepas pulak turun buai sendiri. Berderau rasa tengok dia takde dalam buai. Elok je dok sengeh2 kat bawah. Tu baru je tinggalkan dia tak sampai 5 minit. Masa tinggalkan tu elok je nyenyak tidur.

Dalam playpen pon dah tak boleh tinggal dia sendirian. Mula nak memanjat2. Kalut ibu nak mandi, masak, gi toilet..

Botol mineral harus ada sebagai toy tambahan. favorite 'toy' arissa

Wednesday, January 19, 2011

Hobi suami saya

Hobi suami saya memancing. Ini hobi baru suami saya. Saya sokong hobi suami saya. Betul saya ikhlas saya sokong!!Mudah2an suami bawak balik ikan besar..besarrr punyeee!!!Positif betul saya. Saya suka hobi suami saya..Tak sangka saya begitu positif..ngehngehngeh..


Barang2 kelengkapan untuk memancing yang dibeli di Dragon Mart,Dubai tempohari.

Malam ini suami saya pergi memancing bersama rakan2 sepejabat. cewah sepejabat gitu..Mereka yang lain itu sangat rajin. Saya harap suami saya tak perlulah terlalu rajin sangat memancing walaupun jarak dari rumah sekangkang kera sahaja. Saya berharap dalam 4 hari cuti itu, mungkin sehari boleh dihabiskan untuk memancing. 3 hari selebihnya eloklah berehat bersama keluarga tercinta. Saya ini bukanlah seorang isteri queen control. eh bukan sama sekali. Cuma keluarga tercinta kan lebih utama. Tapi saya tahu suami saya tidak akan memancing berlebihan sehingga tiada masa bersama keluarga tercinta.

Saya tak sabar tunggu suami saya balik membawa ikan2. Mesti penuh peti ais saya nanti. Mungkin kena pinjam peti ais jiran.

Monday, January 17, 2011

Cerita Arissa Qairina lagi..


last week gi cucuk arissa. berat tak naik pon. lately mmg bdk kecik ni kurang makan. banyak main. segala ceruk dia nak pegi. pehtu nak meragam jek. nangis dibuat2 plak tu (nangis sambil hidung buat gaye busuk tuh..kompem nangis saje2 je tu)..haih dah macam2 ye..kamu dah beso nanti ibu cuuuubiittttt2 kamu nanti (ayat opah utk kakak anis mase kecik2..hehehe)..


Baru nak mula merangkak seminggu lepas. takat 2-3 tapak je baru. angkat ponggong lame dah. menonggeng je tak kire masa.





gymnas negara



Berat arissa ~~4 bulan= 5.9kg , 5 bulan = 6.4kg, 6 bulan = 7.49kg, 7 bulan = 7.5kg



hmmm...sebok sangat merayap sana sini, berat pon tak naik. tapi mungkin jugak sebab berat baju mase timbang 6 bulan tu. masa tu sejuk betul awal pagi dah ke klinik. pakai baju tebal sikit. entahlah. takpela tu janji anak ibu sihat. paed yg cek arissa ritu kate dia sihat. alhamdulillah..


Kalau dulu sebelum arissa dah mula bergerak ke depan, ibu bagi dia tengok kartun kat laptop. happy la dia. lama la jugak dia mengadap. sempat jugak ibu memasak.



tgk barney nyanyi..if u happy and u know it clap your hand!!



Tapi sekarang dah tak le pakai kekdah ni. abis la laptop kena ketuk ngan arissa. dia akan merayap kemane saje dia suke. paling suke kotak stokin abah. jenuh ibu angkat letak atas tilam..tengok2 dah sampai situ..sekarang bukak tv je bagi die tengok. tapi tak leh lama la sebab dia akan sambung merayap bila kuar iklan ..



Kalau tido suke dipeluk. malam2 mesti menyelit bawah ketiak ibu..hehe..share bantal lak tu. tu sebabla ibu gerak je arissa nak ikut. paling dia nebes bile tgk ibu pakai tudung. nangis2 mintak dukung. hmmm...obses betul ngan ibu..hehehe..


Time solat mencabar jugak..mesti dok kat kaki ibu. tarik2 kain. selak2 sejadah. Ada sekali tu masa nak rukuk, Arissa mendongak kat muka ibu. dia gelak bila muka ibu dekat ngn muka dia. ingat ibu agah die kot. Sabo je lah ibu ni tahan gelak..



Tapi kalau abah balik keje, mesti teleng2 pale tgk abah nak soh abah tego die(kena tulis ni,kang abah jeles lak cite arissa obses ngan ibu je..hehe). Tapi yang aku perasan kalau tido arissa banyak ikut abah die..hee..kdg2 sebelum tido mesti pusing kepala kiri kanan dulu dua tiga kali. ni memang sebijik anak dan abah..same je. tak paham aku apa yang dorang cuba lakukan..haha..




like father,like daughter..


oh lagi satu persamaan anak beranak ni adalah suka tengok cermin..Arissa kalau tengah nangis2 bwk depan cermin leh senyum2..kalau main depan cermin leh gelak2..ingat ade orang main ngan die..kalau abah suke cermin pepaham le sbb ape...suke melaram..hikss..



Arissa ni,disebabkan hari2 kebanyakan masa dia tengok muka ibu dia yang cantik ni je, makanya susah sket nak dengan orang lain. Tapi tak semua dia tak nak. Kena wat tak layan ngan dia dulu, lama2 baru okay. Tapi ada gak sampai ke sudah tak okay2..heee..ngan budak2 paling dia suka. :-) Seminggu dua ni aku jd cikgu tuisyen..hiks..bile student2 ibu datang kemain suke lagi arissa..tak jadi blaja dorg tu melayan arissa..hihi

~kecik2 ni ibu layan je la ragam kamu arissa..dah besar nanti jadi anak yang baik ye...:-))~


Cute Baby 2011 by Mamarifqy

first time nak join contest.saje2.:-) ..tgk dari blog kak wardah





para penaja..


http://naniedean.blogspot.com/
http://yantimatisa.blogspot.com/
http://dhiyakhairina.blogspot.com/
http://violetgloves.blogspot.com/
http://hafizahismail.blogspot.com/


pic for this contest..



Arissa Qairina bt Saifulraat

DOB : 3 june 2010

7 months



kalau menang sonok juge ni..hihi