Sunday, February 6, 2011

Apabila saya mengantuk....

Aku busy sikit malam ni. Buat cheese cake untuk BBQ esok petang kat ADNOC beach. Payah buat keje kalau si kecik ni tak tido. Dia pon sama wat keje. Paling dia suka kemas rak kasut ngan kotak stokin abah dia. Haihhh..


Jadinyeeee, bila aku tak larat nak kejo, aku letak dia atas high chair. himpun sume mainan depan muka. Memula aku tengok asyik je la dia main. suara pon riuh taru (word opah..:-)). Aku pon cargas la buat kek. Dalam dok asyik sangat tu, sekali ku pandang..ini yang berlaku..

video

Aduhai anakku..simpati beno ibu nengok kamu..hihihi..Mainan dah abih jatuh bawah..apa lagi nak buat..tido lerrr...

Arissa memang macam ni. Kalau dia dah mengantuk, tak kira cemane pon die boleh terlentok. Dalam kete ada beberapa kali jugak dia tido sambil duduk. Aku riba dia tengok2 dah tertido. Tengah makan pon penah nak terlelap. Tapiiii..kalau dia tak mengantuk, janganla dipaksa2..Jangan harapla nak tido. Pernah aritu kat dubai, dia da byk tido lam kete. Sampai hotel mata celik balik. Terus tak tido sampai kol 2. Ibu ngan abah dah ting tong nak layan dia.

Masuk buai pon tak jalan kalau bukan time tido dia. Lagi dia mengamuk adela..Arissa dari dalam pantang tido lam buai. Tapi nasib baik pulak dia boleh tido tanpa buai. Buktinye cam video kat atas tula.:-))

Tapi takde buai pon tak boleh jugak, Memula datang aritu, buai Arissa hilang kat airport. After 2 weeks kot baru etihad anta ke rumah. Sepanjang takde buai tu payah jugakla sebab kadang2 dia nak tido buai. Terpaksa la abah dodoi2. Ada sekali tu abah gantung kain buai kat tengkuk dia nak bagi Arissa tido..nak tergelak ibu..hihi..

Paling senang dia tido kalau dapat menyusu ngan ibu. Berkepit ngan ibu je kejenye..:-)))

Friday, February 4, 2011

Nasi Ayam pertamaku...

Baru2 ni buat nasi ayam. Akhirnya berjaya masak nasik ayam yang julung2 kalinya. ku sangkakan susah bebeno. rupanya kacang mengelembu jek! hiks. Tapi ni bukan first time aku makan nasik ayam kat bumi arab nih. Mula2 jiran sebelah kanan, kak norma bagi. pastu jiran sebelah kiri, kak ina pulak bagi..bertuah badan..hihih


Masa bujang dulu, zue selalu masak nasik ayam. Nasi ayam zuraini mmg sedap wehhh...Tapi aku tak penah pulak nak blajo..pandai makan je.


Nasi ayam hasil air tangan puan puteri. Nasik terlembek sikit dan kurang masin. lately asek masak nasik lembek je..tatau la nape. ayam tu sedap sangat..org yg punye resepi tu yg pandai bg resepi..bukan aku yg pandai masak..merendah diri yg rendah..sos dan kicap ok2 la..sup pon kurang masin, tapi tak susah..tambah je la garam bagi masin. Aku masak mmg selalu tawar. tak suka masin2. Tapi kadang2 terlebih tawar..huhu..


Resepi nasi ayam


Untuk rebus (Campur sume bahan dan rebus sampai ayam empuk)

1 ekor ayam (aku buat 6 ketul je..2 org je nak makan)
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2cm halia -ditumbuk
Air secukupnya


Untuk perap (Cara: campur kesemua bahan.Tos kan ayam yang direbus dan masuk dalam campuran di bawah. Gaul rata.perap dalam 20-30 minit. Lepas perap, goreng ayam tu. tak yah goreng lama2 sebab ayam dah siap empuk masa rebus tu. Nak bagi garing je sikit)

1 sudu besar kicap pekat (aku tak letak sebab takde)
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit kicap cair (letak lebih sikit sbb takde kicap pekat)


Untuk nasi (basuh beras. masuk air rebusan secukupnya.macam masak nasik base tu lah. goreng bawang dan halia dengan guna butter.hasil gorengan masuk dalam beras.letak garam secukup rasa.masak.Siap!!)

3 cawan beras
3 sudu besar butter
1cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
garam


Untuk sos (Cara : blend je sume..siap!!boleh dimasak sekejap..tp aku malas..dah blend terus makan..)

3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
perahan jus lemon/limau secukup rasa- cuka pon boleh
gula,garam
1/2 cawan air


Untuk sup (Cara : campur sume kecuali daun sup dan masak. dah siap letak daun sup..siap!! Kalau perlu nak tambah air, tambahla ikut kesesuaian rasa.)

lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar dikisar
rempah sup (aku guna sup bunjut)
garam
daun sup dihiris


Untuk kicap (Cara : campur je sume bahan..siap!!)

kicap manis (aku guna satu jenis kicap je..)
kicap cair
minyak bijan (tak letak..xde)
air rebusan ayam


Sayur

salad, timun, tomato. (aku amik kat kafe .mudah dan free..:-))




Inilah hasilnya..Next time boleh buat lagi. Mungkin boleh bagi jiran tetangga rasa..hihi