Tuesday, December 8, 2009

2 minggu lepas macam2 aktiviti aku buat.start dengan hubby balik mesia.trs pegi check up ngn die.this time leh pegi ngn die, takdela doc tanya byk kali mane suami aku.malas nak jawab!doc besela takde komen sgt.die ckp baby sihat.alhamdulillah.lain2 takde komen.cam tak menarik jek.cakap pon sambil berdiri.tatau die nak marathon kemane pastu.hmmm.
Esoknye kitorg blk kg hubby.b4 tu singgah lion borong sabun segale mcm.every year aku mesti dtg ctu.bole thn murah!kat kg ade kenduri doa selamat.aku tak tolong byk pon.nnt kene jeling ngan hubby.kehkehkeh.setel kenduri satu femili gi jenjln ke kuantan.
esoknye aku ngn hubby gerak ke port dickson.stay kat hotel thistle.hotel tu menarik.cantik. Tp yang buat aku sakit mate adalah uniform stafnye.pakai baju cam nak gi kebun.awatla selekeh sgt.yg lain2 okla.lg satu hidangan bekpes die x walla sgtla.ala kadar jek.2 mlm stay kt pd.
Dari pd trs direct blk kuale.ade buat korban ngan akikah skali.

Sunday, November 8, 2009

Baju untuk Batrisya..

Semalam aku ke Jusco Tebrau. Tujuan utama nak beli baju untuk isya untuk majlis cukur jambul die nanti dan juge hadiah untuk baby iyad mufid (buah hati pengarang jantung dilla). Jenuh aku pusing2 satu jusco tuh(jalan2 ckit dok kejap kat kusi..fenatt). Takde yang berkenan di hati. Ade yang simple sangat. cam gown bese je la. Ade yang cam sesuai tapi harga pulak tak sesuai.huhu. give up! Nantila hubby balik ajak die carik same2 kat kl ke.
Carik hadiah untuk iyad sib baik ade. Mase kat cs k lyn dah carikkan kat anakku baby highchair tapi bile aku ngan lidia nak beli, kitorg rasa cam tak berbaloi pulak. Harge mahal tapi rupe tak semenggah mane. Tapi highchair tu bergune la bila tiba masanya. Teringat dulu masa anis kecik2 suke kacau orang nak makan. Tambah2 time bulan puasa. Abg aku belikan highchair tu untuk die. Dok dalam tu senyap2. Aman sume orang. :-). So dekat Jusco aku jumpa highchair tu dengan design yang boleh tahan comel dan harganya jauh lebih murah! Inilah yang kita mahu! hehe. Tapi kak lin nasihatkan aku supaya jangan angkat benda tu sorang2. Biar dia beli ngan nuar nanti. Aku cam serba salah jugak sebab aku yang beria nak carik kat jusco. At last kak lyn gak kena datang jusco angkat itu barang.huhu.
Aku pon balik. Aku belikan color pencil untuk anis dan adib. Ni hadiah untuk anis sebab aku da janji dengan dia. Aritu dia tak selera makan(cam dia plak pegnen..hihi). nape tah, maybe sebab die sakit telinga. 2-3 hari tanak makan nasik. Mak aku dah risau2. Kalau adib pulak mak aku risau terlebih makan. hoho.
On the way balik dari jusco aku teringat ada satu kedai baby kat sebelah HSI tu. Baby phoebe. Aku penah pegi situ sebab belikan hadiah untuk akid dan isya. Aku terus ke situ dengan harapan ada la baju untuk isya nih. Masuk je aku da nampak beberapa baju yang sesuai untuk isya. nak carik ala2 cinderella gitu.hiks. harga pulak berbaloi baloi. mampu beli! tu yang penting sekali.Pilih2 takda pulak size kecik..alahaiii..stress mak gini! aku kol mak aku. mak aku kata beli je yang besar..tak kisah. aku pon ukur bahu dan panjang baju tu. mak aku ukur kat badan isya. panjangnye ngam2. bahu baju tu besar sikit je dari isya. boleh lah..beli sajo. malas dah nak carik yang lain. dan inilah bajunye.

jaja belikan special untuk puteri izzah batrisya. nanti balik jaja claim ngan ayah atau opah eh..kekeke

Kekenyangan..

Minggu ni minggu kenyang aku. Sronok sgt rase sebab sebelum ni semua makanan aku rase macam nak termuntah. Tambah2 mase aku masak ketam masak lemak 2 minggu lepas kot(bayangkan la tgh mual2 pi bantai masak lemak...mane tak bergelodak perut..yekk ptuihhh..).aku muntah cam hape je lagi. sampai lembik rase.huhu. nasib la labu. ish takleh ingat menu tu, still rase nak muntah. dah la tgh kenyang nih..
Hari ni zue masakkan ikan siakap tiga rasa(ko dah leh plan ngan min konsep restoran ko nanti..haha), ayam madu, sayur campur ngan sotong goreng kunyit. 2 thumbs up utk zue!!leh masakkan untuk aku lagi since alahan aku sekarang takleh makan masakan sendiri..kekeke.tengkiu2!
2 kali tengkiu jugak untuk kak lyn sebab masakkan untuk aku 2 kali minggu ni. Sekali tu tolong masakkan arnab. Beli dari one of our colleague. kak lyn masakkan goreng kunyit arnab, ayam madu dan sayur. Superb hokeyy!!makan sampai bertambah. Sekali lagi die jemput makan nasik lemak bekpes semalam. aku ngan k jus tak lepaskan peluang. hehe. perut lak memang berkeroncong abis! nasik lomak pon gua tambah..haiyoo..memang kena makan umah orang ke ni??? Trime kasih daun keladi, kalau ade makan2 lagi jangan lupe jemput kami lagi.:-))

Arnab masak goreng kunyit. sedap menjilat jari! arnab ni mase digoreng mengeluarkan satu bau yg wangi. kagum i!

Hopefully start dari minggu ni selera aku makin bertambah. takde mual2 dah. kesian baby lam perut ni kalau mak nye asek nak muntah je. Petua yang aku discover untuk aku elakkan mual2(ramai gak yang nasihat aku bende ni), aku sentiasa menguyah ape2 makanan pon(jajan2 tu takleh la kan..). sentiasa kene isi perut aku ni. makan buah2 ke, cereal , biskut, kismis, kurma. Bile perut sentiasa di isi dengan makanan, takdela peluang angin nak masuk lam badan yang boleh menyebabkan aku berasa tidak selesa dan nak muntah. Dan badan pon semakin bertenage untuk melakukan kerja2 rumah dan kerja di opis(kat opis kalau tak dapat buat keje pon tak kesah sangat..huhu) Selain tu banyak2 berdoa supaya dapat menghadapi ujian ni dengan sabar dan tenang.:-)

Selain itu sokongan dari suami dan keluarga(padahal cite psl mual2 je kan..hihi). Selain itu juga(tak abis lagik) rakan2 yang memberi sokongan dengan memasak untuk aku. Diharap korang leh la selalu masakkan untuk aku..muahahha..

Sunday, October 25, 2009

Memori....

Selalunya kalau hari ahad, kalau tak kemana2, aku akan kemas umah yang seminggu sekali baru nak dikemas. Tapi lately, aku tersangatla malas.Super duper malas! Nak keluar pon malas. Dok umah pon boring jugak. Hubby keja arini. Kalau tak, boleh jugak chatting ngan dia.
Dah dekat sebulan kot sejak balik raya aritu, aku tak kemana2 time wiken. Dekat2 sini adala. Pegi open house kawan2 opis. Boring sesangat!!kondisi yang tak mengizinkan. takpela. sabo saje.
Kalau ikut plan yang dulu, maybe time ni aku tengah sebok pack2 barang aku nak balik kampung. Konon2 nak benti keje. Tapi tetiba ada halangan. Takpelah. Belum masenya lagi.
Plan benti keja yang kedua ni, mak aku belum tau lagi. Biarlah dulu. Sampai masanya aku bagitau. 3 tahun dok kat jb ni. Macam2 pengalaman yang ada. Seumur hidup tak pernah datang jb sebelum ni. Tapi akhirnya dapat keja kat sini. Lama plak tu. Kat sini jugak aku jumpa jodoh aku.:-)).
Tingat pulak tempat2 yang aku pernah tinggal. Start dari zaman blaja.
Bukit Nasah, Gerik - Dari form 1 sampai form 3. Dulu kat pekan gerik la tempat berlibur bila time outing. Paling ditunggu nak makan maggi kat pekan tu. Sebab lam sekolah tak boleh makan. pulun makan time outing. Padahal balik kampung kalau cuti panjang tu, tak teringin pon nak makan.
Pondok Upeh,Balik Pulau, Penang - Dari form 4 sampai form 5. Time ni banyak main2. Result pon tak berapa cemerlang. Exam paling penting tapi result paling buruk. huhu. Pengalaman nak balik kampung dari sekolah ni sangatlah menguji kesabaran. Dari sekolah ke pekan kongsi kena amik prebet sapu. tak ingat dah kena caj berapa. Lepas tunggu berkurun lama barulah ada bas dari pekan kongsi ke Jetty. Dari Jetty naik feri ke seberang. Lepas tu amik bas ke Taiping. dari taiping naik bas ke kuala kangsar. Dari kuala naik lagi bas ke kampung. haiyooo. sampai umah lembek dah! fuh penat!! Tapi kadang2 kalau cuti panjang, sekolah sediakan tiket keretapi dari penang ke tempat masing2. Jadi senang sikit terus je sampai kuala. Aku selalu jugak naik keretapi ni. Balik dengan kawan aku dari kuala ke penang. Dulu seingat aku tambangnya hanya RM9 je. Murah kan!
Kuala Pilah, N9 - Setahun aku kat sini. Disebabkan result yang suam2 kuku masa spm, aku sangat2 bersyukur dapat masuk matrik kat sini. Dapat jugak aku sambung blaja. Kalau tak, tak tau la aku da jadi apa. Masa kat sini aku rajin sikit la. Cover balik kegagalan dulu. eceh! Paling tak boleh lupa jalan nak ke Kuala Pilah ni. Kena lalu bukit putus. Jalannya kecik dan bengkang bengkok. Memang ngeri lalu kat sini. Kat jalan tu jugak telah meragut nyawa classmate aku. Arwah rupanya kawan kepada Hubby aku. Kecik kan dunia. Lagi ironi, sekarang ni aku dan suami selalu gunakan jalan bukit putus tu untuk balik ke kampung suami aku kat muazam. Sekarang ni jalan tu tgh nak buat jalan baru. Tau2 je aku nak lalu situ.hiks!
Parit Buntar, Perak - 4 tahun blaja kat sini. Mula2 mak suruh aku sambung blaja kat U kat KL sebab kakak aku dah studi kat usm. Nak suruh variety la sikit kan. Tapi at last dia kata amik USM je la. senang. dekat sikit.huhu. Aku mana2 pon ok. Janji dapat masuk U.:-) Blaja kat U memang la best. Stress bile dekat2 exam jek. hihi. Antara perkara yang aku buat masa USM ni, aku dan kawan2 meniaga. jual jajan la, bun, gula2. Ada gak aku jual sweater. Banyak jugak laku. Best! Paling tak lupa aku jual barang2 kosmetik. haha. Ramai yang beli okay walaupun yang tukang jualnya tak mekap langsung. Ada sorang makcik yang ajar aku jual benda2 nih.Time kasih kat makcik tu.:-)
Johor Bahru, Johor - Start keja kat sini. Dari opis buruk dekat kilang2 sampaila tukar opis kat shopping complex,cs. Mula2 keja, ok je. semangat! Makin lama makin tak best. Sampaila sekarang ni dah takde semangat langsung nak keja. Ingat nak benti jek. Apa2 pun, bulan 11 ni cukup 3 tahun aku kat jb nih.

Saturday, October 24, 2009

supplements

1.Iberet folic-500 - multivitamin-combination of iron, vit C and B complex including folic acid

2.Neuro gain - untuk perkembangan otak bayi (Natural DHA,EPA,AA,OA)

3.calcium plus - untuk tulang yg kuat dan sehatttt
Aku beli tige2 supplements ni semalam...as suggested by my sister. Jenuh aku carik calcium yang kotaknye ada gamba jug tuang air susu dan susu itu menjadi pil menurut sms dari kakak aku. Akhirnye yang aku jumpe gambar berupe pil yang dibuka menjadi susu. haiyooo..terbalik la nyah!! jenuh mak explain kat pharmacist tu. haha. yang lagi syiok gambar jug mmg tak wujud.
Banyak sgt pil ni pening gak nak makan. Sekarang kena train diri sendiri supaya ingat nak makan pil2 tu. Kalau dulu beli multivitamin ke ,EPO ke, selalu skip. Asek terlupe je. Tapi pil2 ni tak boleh lupe. :-)

introducing me and him!