Sunday, October 25, 2009

Memori....

Selalunya kalau hari ahad, kalau tak kemana2, aku akan kemas umah yang seminggu sekali baru nak dikemas. Tapi lately, aku tersangatla malas.Super duper malas! Nak keluar pon malas. Dok umah pon boring jugak. Hubby keja arini. Kalau tak, boleh jugak chatting ngan dia.
Dah dekat sebulan kot sejak balik raya aritu, aku tak kemana2 time wiken. Dekat2 sini adala. Pegi open house kawan2 opis. Boring sesangat!!kondisi yang tak mengizinkan. takpela. sabo saje.
Kalau ikut plan yang dulu, maybe time ni aku tengah sebok pack2 barang aku nak balik kampung. Konon2 nak benti keje. Tapi tetiba ada halangan. Takpelah. Belum masenya lagi.
Plan benti keja yang kedua ni, mak aku belum tau lagi. Biarlah dulu. Sampai masanya aku bagitau. 3 tahun dok kat jb ni. Macam2 pengalaman yang ada. Seumur hidup tak pernah datang jb sebelum ni. Tapi akhirnya dapat keja kat sini. Lama plak tu. Kat sini jugak aku jumpa jodoh aku.:-)).
Tingat pulak tempat2 yang aku pernah tinggal. Start dari zaman blaja.
Bukit Nasah, Gerik - Dari form 1 sampai form 3. Dulu kat pekan gerik la tempat berlibur bila time outing. Paling ditunggu nak makan maggi kat pekan tu. Sebab lam sekolah tak boleh makan. pulun makan time outing. Padahal balik kampung kalau cuti panjang tu, tak teringin pon nak makan.
Pondok Upeh,Balik Pulau, Penang - Dari form 4 sampai form 5. Time ni banyak main2. Result pon tak berapa cemerlang. Exam paling penting tapi result paling buruk. huhu. Pengalaman nak balik kampung dari sekolah ni sangatlah menguji kesabaran. Dari sekolah ke pekan kongsi kena amik prebet sapu. tak ingat dah kena caj berapa. Lepas tunggu berkurun lama barulah ada bas dari pekan kongsi ke Jetty. Dari Jetty naik feri ke seberang. Lepas tu amik bas ke Taiping. dari taiping naik bas ke kuala kangsar. Dari kuala naik lagi bas ke kampung. haiyooo. sampai umah lembek dah! fuh penat!! Tapi kadang2 kalau cuti panjang, sekolah sediakan tiket keretapi dari penang ke tempat masing2. Jadi senang sikit terus je sampai kuala. Aku selalu jugak naik keretapi ni. Balik dengan kawan aku dari kuala ke penang. Dulu seingat aku tambangnya hanya RM9 je. Murah kan!
Kuala Pilah, N9 - Setahun aku kat sini. Disebabkan result yang suam2 kuku masa spm, aku sangat2 bersyukur dapat masuk matrik kat sini. Dapat jugak aku sambung blaja. Kalau tak, tak tau la aku da jadi apa. Masa kat sini aku rajin sikit la. Cover balik kegagalan dulu. eceh! Paling tak boleh lupa jalan nak ke Kuala Pilah ni. Kena lalu bukit putus. Jalannya kecik dan bengkang bengkok. Memang ngeri lalu kat sini. Kat jalan tu jugak telah meragut nyawa classmate aku. Arwah rupanya kawan kepada Hubby aku. Kecik kan dunia. Lagi ironi, sekarang ni aku dan suami selalu gunakan jalan bukit putus tu untuk balik ke kampung suami aku kat muazam. Sekarang ni jalan tu tgh nak buat jalan baru. Tau2 je aku nak lalu situ.hiks!
Parit Buntar, Perak - 4 tahun blaja kat sini. Mula2 mak suruh aku sambung blaja kat U kat KL sebab kakak aku dah studi kat usm. Nak suruh variety la sikit kan. Tapi at last dia kata amik USM je la. senang. dekat sikit.huhu. Aku mana2 pon ok. Janji dapat masuk U.:-) Blaja kat U memang la best. Stress bile dekat2 exam jek. hihi. Antara perkara yang aku buat masa USM ni, aku dan kawan2 meniaga. jual jajan la, bun, gula2. Ada gak aku jual sweater. Banyak jugak laku. Best! Paling tak lupa aku jual barang2 kosmetik. haha. Ramai yang beli okay walaupun yang tukang jualnya tak mekap langsung. Ada sorang makcik yang ajar aku jual benda2 nih.Time kasih kat makcik tu.:-)
Johor Bahru, Johor - Start keja kat sini. Dari opis buruk dekat kilang2 sampaila tukar opis kat shopping complex,cs. Mula2 keja, ok je. semangat! Makin lama makin tak best. Sampaila sekarang ni dah takde semangat langsung nak keja. Ingat nak benti jek. Apa2 pun, bulan 11 ni cukup 3 tahun aku kat jb nih.

3 comments:

suamimu said...

..untuk pengetahuan semua..isteriku dah penah drive kat bukit putus ni...jln yg bengkang bengkok tu...di dampingi suaminya yg keletihan....hahaahah..cayala syg...mabruk..
...untuk arwah naslim pemergiaanmu tetap di kenang..rakan berlakon ku semasa di sekolah dulu,rakan sebilik rakan se nasyid...al-fatihah

i k i N said...

yeay! :D
ija ada blog...saya sgt sukee :P

ija said...

hehehe...
blog2 terdahulu kene dihapuskan sbb byk cite2 cacian ajo!haha..
ni nk bukak lembaran baru..kehkehkeh..