Monday, March 29, 2010

sinus ku sgt mengganggu

Aku basuh semua cadar, sarung bantal, selimut even tak gune pon, karpet kecik lam bilik aku nih. Aku sembur satu bilik ngan surface spray dettol. Semalam hari sinusku yang sangat kronik. Tak tahan sangat rasa. Asek nak bersin jek. Hidung plak tersumbat. Tengah solat pon leh keluar meleleh2. Satu muka rasa gatal2 especially tang mata. Mata sampai nampak bengkak.


Aku google petua menghilangkan resdung nih. Salah satu petua, masukkan air ke dalam lubang hidung dan hembus kuat2. Penyakit ni tak boleh berjangkit tapi kalau dibiarkan leh menjadi kronik. erkk..nebes mak! Infection akan mudah berlaku pada telinga (patutla telinga aku selalu sakit).


Ada macam2 lagi petua yang aku jumpa tapi malas nak apply sebab kena ada macam2. Yang petua hembus air tu paling mudah dan dah nampak jugak keberkesanannya. Jadinya hari ni aku pakai Biore pore pack (tak tau la apa kaitannya ngan resdung nih..haha) seb.ab aku rasa blackhead atas batang idung aku ni sangat mengganggu bila sinus aku menjadi kronik.


Ni time aku tade keje kat opis dulu.. haha

gamba fatt pon ade. kakaka

Saturday, March 27, 2010

kenduri doa selamat

Setel dah kenduri doa selamat sempena mak buyung nak bersalin nanti. Semoga ibu dan baby sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan..aminnn..


Menu untuk kenduri doa selamat ni..mee soto, pulut, sambal tumis serta air kiwi dan kopi. Aku buat begedil ayam for the 1st time in my life. sudah pasti la percubaan pertama selalunya banyak kekurangan.hiks..Tetamu yang datang amat musykil dengan kehadiran 'cucur ape pon x tau lah' ada di tempat hidangan kerana rupa bentuknya sungguh tidak tentu arah sekali..kahkahkah. jadi tak koser la aku nak snap gambar begedil aku tuh. heee..


Kenduri ni takde la penat sangat even kakitangannye ada 2 orang saje sebab menu yang simple untuk hidangan minum pagi je. TAmbah plak buat secara buffet. tengahri da siap setel basuh pinggan mangkuk siap simpan semula..setel..Sesuai untuk mak buyung tak perlu bekerja keras sangat.


oh btw, begedil aku tu, rasenye sedap ..ahakss..walaupun rupenye hancus..hihi..cam tuan yang buat tu la..walaupun tak brape cantik tapi baik ati..boleyy??

bagi menyerikan entry aku kali ni, aku paste la jugak gamba begedil yang ku google.:-)

Saturday, March 20, 2010

Gender predictor

Aku baru je buat satu kuiz berkenaan baby's gender. Saja suka2 since aku dan suami masih tak tau lagi apakah jantina baby kami nanti. Aku dah tak kisah sangat nak tau sebab yang penting aku harap baby aku sihat sejahtera dan akan selamat dilahirkan nanti. insyaAllah..aminnn. Jadi surprise pon ok gak. Bagi ibu ngan bapak dia lagi excited nak tunggu kelahirannya..


Btw, ni dia resultnya,

47% chance
of a boy

53% chance
of a girl


Congratulations!
The old wives tales indicate that you are having a girl!

terima kasih teman-teman

Entry ni dah lama aku buat tapi aku wat pekasam jek sebab kononnye aku nak buat video gambar2 kita tapi sampai sekarang lom jadi2 lagi..hehh.. Sebelum menjadi bertambah terlewat, elokla aku post aje entry nih. Tatap la dulu gamba sekeping ni dulu. Lepas ni i buat video untuk u ols..:-) Tapi takda lagu yang menarik. Cadangkan bleh??:-)



Buat teman - teman di jb, terima kasih kerana telah mewarnai hidupku selama 3 tahun di sana.

Di kesempatan ini, walaupun dah terlewat kiranya, aku nak ucapkan terima kasih untuk segala2 nya. Korang dah buat aku bertahan lebih lame kat company itu. Kita berkongsi cerita suka, duka, pahit, manis, masam , masin..sume lahhh...


terima kasih jugak untuk ucapan, kad dan hadiah2 yang sungguh menyentuh hati...


kad2 yang buat i terharu..



Napkin ni adiah pertama yang baby aku dapat. tengkiu Diana. walaupun agak terlewat kenal rapat ngan ko, i memang sgt gembira bile bergosip ngn u..heheh..thanks ya!




Beg baby kiko ni dari aja n lynda. Thanks a lot girls. Akan ku bawak beg ni ke hospital nanti..:-)



Yang comel ni plak dari kak jus...thanks a lot kak jus!!




Frame ni dari jurai. waduh syahdu mak nengok gambar2 kat frame nih..sob sob..thanks ye zue.




Yang paling i terharu, dapat adiah besar dari u ols..ni share dari kak jus, lidia, fatt, kak lyn, dilla n rox (tul ke name2 yang disebut nih..:-)) comforter set from aussino. i memang sangat nak beli bende alah ni..skali dapat pree. gembira tahap nak lompat sampai bumbung tapi tingat plak aku pegnen..huhu..terima kasih yang amat sangat!!

Thanks a lot for everything my dear friends..luv u all!!

Buat kita semua, semoga kita menggapai impian yang selalu kita impikan dulu. :-))

resepi kek lobak merah

Ini dia resepi carrot cake yang aku cilok dari blog sape tah..hihi

Bahan-bahan;


1 cwn (100 gms) pecan/walnut - dibakar & dicincang kasar (aku guna badam)
2 1/2 cwn (340 gms) carrot mentah - diparut halus (guna lebih kurang 2 biji carrot size besar)
2 cwn (280 gms) tepung serbaguna (aku gune tepung gandum..)
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (aku rase ni 1 sudu pon cukup..kalau byk2 baunye menyengat sket..i x menatt )
4 biji telur saiz besar
1 1/2 cwn (300 gms) gula halus ( aku guna 1 cawan jek) -
1 cwn (240 ml) minyak sayur (aku guna minyak jagung)
2 sudu teh esen vanilla


Cara:


panaskan oven 180 celcius, sediakan loyang & sapu mentega. ketepikan... bakar kacang lebih kurang 8 min pastu sejukkan...then cincang kasar2..ketepikan. kikis kulit carrot & parut halus2...ketepikan. ,dlm mangkuk besar, satukan tepung, serbuk kayu manis, garam, baking soda & baking powder...gaul sebati, ketepikan. amik mixture, pukul telur sampai kembang (dlm 1 min) pastu bubuh gula sikit2...pukul lg sampai pekat & putih (dlm 3-4 min). pastu tambahkan minyak dlm adunan, pukul lg....tambah vanilla pulak...pukul...last sekali bubuh tepung sikit2 n pukul sekejap jek sampai sebati. guna spatula/senduk...masukkan carrot & kacang, gaul skit sume bg rata. siap bubuh dlm tin/loyang pembakar...masuk oven selama 45- 1 jam.



Inilah hasilnya..



yang ini selepas dipotong

Walaupun rasanya kurang memberangsangkan..hahah..tapi okla untuk 1st time buat kek ni. Nanti boleh cuba lagi dan adjust apa yang patut untuk menambahkan keenakkannya....:-)

Kek ini bolehla ibu2 mencubanya sebab ianya cukup berkhasiat dengan kandungan carrot dan badam yang banyak.

Low blood pressure during pregnancy

Semalam aku buat check up kat ipoh specialist untuk kali kedua. Kali ni mak yang teman aku. So far semuanya ok. gynea aku kat ipoh ni amat la berbeza dengan kat jb dulu.

Masa 1st time aku check up last month dengan dia, aku amatlah berpuas hati. sangat mesra, layan je soalan2 aku dan suami, penerangan yang details, chk up bukan setakat scan sajerr.., sangat2 supportive about breastfeeding (sepanjang chk up kt KPJ jb.. my gynea never ever talked about breastfeeding..hmmm..) etc..etc..plus staff kat sini lebih mesra dan hormat patient.(Dulu aku datang chk up, dah la sorang2..layan cam i ni budak skolah datang chk up sebab da termengandung...huhhh).




enuf la cita pasal gynea kan. My blood pressure is a bit low but the doctor said it's ok. so i try search la pasal low blood pressure during pregnancy nih.

Low blood pressure (also called hypotension) is often associated with fainting and dizziness (patutla selalu pening2). In general, low blood pressure is not considered a health risk in the same way that high blood pressure is (sib baik...). However, during pregnancy especially, fainting and falling due to low blood pressure can be of serious concern.

The greatest cause of low blood pressure tends to be dehydration (cuaca panas sekarang menyumbang pada dehydration..). When the body dehydrates it drastically affects to flow of blood in the body. Additionally, being very hot can contribute to low blood pressure. Standing for a long period of time can also be a risk factor.

While you are pregnant, there are other factors that can cause low blood pressure. Pregnancy causes blood to pool in your legs, making less blood available to the brain. Thus, when you rise from a laying or sitting position you may feel dizzy or faint. This can also cause vision problems in a pregnant woman.

Low blood pressure may or may not require treatment. The treatment of low blood pressure is directed toward the underlying cause; if low blood pressure is caused by dehydration, it may be treated by a physician with intravenous fluids. If it is caused by pooling blood, your physician may recommend graduated compression stockings. A little extra salt may also help, but in this case you need to discuss the other risks with your physician.

There are some things you can do to prevent low blood pressure:
- Drink plenty of fluids, especially water

- Lay on your side, rather than on your back. This may also help with back and sciatic nerve pain.
- If you feel faint, sit down. Put your head lower than your body until you no longer feel faint.
- When getting up from the sitting position, take it slowly.
- Regular exercise helps keep blood pressure normal. Keep up with your physician-approved exercise regimen.


da start minum air dengan banyaknya. tapi asek nak ke toilet le pulak. So sesape yang mengalami low blood pressure mase pegnen, usah panik ya! Minum air banyak2. Lagi 2 minggu kena pegi check up lagi. Hopefully my blood pressure is going to be normal. :-)

Monday, March 15, 2010

Happy 1st Anniversary....

Dah terlewat sehari nak tulih entry nih. Neway happy 1st anniversary utk kite my hubby...Semoga hopes and dreams kita akan menjadi kenyataan dan mendapat kebahagian yang berpanjangan serta dirahmati..aminnn..

saya dengan berbesar hati ingin tujukan video yang tak seberapa ni untuk suamiku terchenta!..hehe..Ni je adiah anniversary yang dapat diberi. :-)





udah nonton b??cemane?terharu tak? kalau terharu leh la pos kan adiah untuk saya pulak..kikiki..

btw, selain video ni, saya ada buatkan carrot cake sempena anniversary kite. Gambarnya akan di uplaod len kali eh. awak dapat tengok gambar je la ye sayang..heee..i ngan baby je la yang makan. walaupun rasanya tak seberapa, tapi licin gak la...hihi

setahun dah kan.....

Monday, March 8, 2010

ape aktiviti aku??

sudah 3 minggu aku balik tinggal kat kampung. cam biasa lah ade yang bertanye. nasib baik aku tak perlu jawab sangat soalan2 tu sebab mak aku dah tolong jawabkan. Kalau sedare mare pulak, opah aku dah tolong cover cite aku. huhu. tak payah la aku nak pening kepale jawab soalan orang.

ape pun alasan dan keputusan aku untuk berhenti kerja , semuanya telah di'approve' oleh suami aku. family pon bagi sokongan. aku hepi dengan kehidupan sekarang. Aktiviti aku same je la dengan suri rumah lain..wah suri rumah gitu. kemas rumah (proses ni akan dilakukan berkali2 dalam sehari kerana terdapat 2 orang kanak2 yg terlalu riang gembira menyepah ape saje), basuh baju, memasak (kerja ni..jadi assistant jek..kekeke) dll..

selain tu kadang2 aku hantar dan amik kakak kat skolah. kalau amik die, dari pagar aku da nampak kakak kembang2 idung tahan senyum. nape tak senyum je terus. lagi mau tahan2..sudahnye idung menjadi kembang kempis..haha. aritu aku rajin gak ajak kakak ngn adik bersukan kat depan umah aku nih. esok2 kol 3 dah ajak aku bersukan. semangat terlebih. tak koser mak tengah2 terik nak jadi cikgu PJ.


ni video dorg yang sgt komited bersukan especially kakak. pantang adik buat salah sure kena marah. hohoho..

lain2 nye keja aku kat umah ialah tido. tengok tv?? tak sangatlah sebab asek2 ceria ceria ceria! tak pon cartoon network. tapi time biggest loser dorang takleh kaco aku. tak sabo nak tengok final esok malam. :-))

wajah baru blog ku...

comel la konon blog aku nih..hahah...mood bakal ibu..kekeke..
sonok nak melayan blog nih sebab tenet ku tak lembab lagi...:-)


semalam rasa penat sangat sebab aku membasuh baju2,selimut,towel,segale macam untuk bakal si comelku...comelkah???heee..ikut ibu sure comel..kikiki..suami aku cakap nape nak penat??bukanke masuk mesin..no no no...i cuci dengan jari jemariku saje hokeyy bagi melimpahkan kasih sayang semase membasuh baju..erkk..




ni haa satu rage...



ni plak proses menjemur..tapi ni baru nak mule jemur..bile da siap lupe terus nak snap gambar sebab tergesa2 menolong emak di dapur untuk lunch kerana perut tersangat lapar..


sebelah petangnye pula aku melipat baju2 si kecil ni..aku notice tak banyak baju lengan panjang. Kena beli la rasenye ni. tul tak abah? ke ayah? ke walid? wah walid cam ustaz..hehhe..ke abi..ish bahye nih..huhu..even sekarang ni musim panas..panas yamat hokeyyy..malam2 pon panas..dulu2 kalau balik kampung, malam2 sure pakai simut kadang2 siap pakai stokin..sekarang ni jangan carik pasal. berpeluh2.. ni cite hape plak ni. melalut aku ni..haha. kekdahnye kak timah saye nak cite penting jugak baju lengan panjang itu nanti untuk baby saye pada waktu malam walaupon sekarang ni musim panas.


sebenarnye baaaaaanyaaaakkkk (terlampau banyak le nih) cite nak tulih kat sini tapi tak berkesempatan. ade mase boleh la aku recall satu2